Showing posts with label Traditional Kuih. Show all posts
Showing posts with label Traditional Kuih. Show all posts

Tuesday, March 25, 2025

Serabai Kuah Durian

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan nasi sejuk*
  • 1 cawan air*
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat

Kisar bahan bertanda* iaitu nasi sejuk dgn 1 cwn air

Sementara itu masukkan yis ke dlm air suam

Campurkan semua bahan diatas kedlm 1 mangkuk

Perap selama 2 jam

Panaskan pan@acuan dgn sedikit minyak blh la masukkan adunan

Tutup dgn tudung periuk..api sederhana sementara nak tunggu permukaan atas masak

 

Resepi Kuah Durian

Bahan-bahan

  • Durian secukupnya
  • Gula melaka@gula merah
  • Santan pekat
  • Sedikit garam

Cara Membuat

Campurkan semua bahan2 di atas dlm 1 periuk masak dlm api sederhana..

Sentiasa kacau agar santan x pecah minyak(sy suka guna santan kotak lebih pekat)


Seri Muka Durian

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
1 sk garam (dan tambah secubit lagi)
Sedikit minyak masak (esp klu guna santan kotak)

Cara cara:
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak .
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.


Nota: santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut.

Lapisan Atas
4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
1 cawan gula tebu/perang (saya guna gula kaster jer)
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung atau tepung kastad
1 s/b gula pasir
1 s/k  garam

Pewarna kuning (jika suka)

Caranya
1. Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
4. Masukkan pewarna. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Saya terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu

6. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.


Jom kita tengok langkah demi langkah yang saya buat hari ini:

Pulut dikukus dengan santan yang telah dimasukkan garam.  Saya hanya guna 1 kotak santan sahaja, yang lain tambah air. Masukkan sedikit minyak masak sebab santan kotak tak berminyak, kalau tak mahu pun tak apa.


Apam Beras Confirm Jadi

Bahan A: 
1 cawan nasi 
1 ½ cawan air


Bahan B:
1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
¼ cawan + 2 sudu besar gula pasir
6 gm yis kering

Bahan C:
Kelapa parut muda
Garam

Cara cara: 
Kisar bahan A sehingga halus. Satukan semua bahan B di dalam mangkuk yang besar. 

Tuang bahan A ke dalam bahan B dan kacau sebati. Perap selama 1 jam sehingga kembang. 

Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Lenser sedikit minyak pada acuan kecil menggunakan tisu dapur. 

Tuang adunan dalam Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit. Balut tudung pengukus dengan kain.

Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.

Nota:
Saya sediakan separuh adunan sahaja. Jika buat 1 adunan penuh, boleh guna 1 paket yis mauripan 11 gram. 

Friday, April 23, 2021

Bingka Labu

Bahan-bahan
5 biji telur Gred A .. ( boleh guna 3 biji sahaja)
200 ml air
300 ml pati santan (boleh guna santan kotak atau santan fresh)
200 g tepung gandum
180 g gula halus atau gula pasir pun boleh
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus atau direbus
1 sb butter dicairkan
Bijan, jika suka



Cara-cara
Blender labu rebus bersama air, gula, santan, garaam, esen sehingga halus. Kemudian masukkan telur dan tepung, 1 sudu besar butter yang telah dicairkan. 

Blend lagi hingga sebati. Sapu minyak pada loyang dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi.  Tabur bijan, jika suka.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Monday, July 20, 2015

Kuih Lompang Pandan

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras.
3/4 cawan gula halus.
2 cawan air.
5 helai daun pandan.
5 helai daun suji @ pandan serani.
1 tsp air kapur.
1 tbsp tepung jagung.
Kelapa parut putih.
Secubit garam.

Cara-caranya:


  1. Kisar kedua-dua jenis daun pandan dengan 2 cawan air.Tapis.
  2. Satukan air pandan,tepung beras,gula,tepung jagung  dan air kapur.Kacau sehuingga sebati.tapis.
  3. Panaskan pengukus dan kukus acuan lompang sekejap.Jangan lupa sapukan acuan dengan sedikit minyak masak agar senang untuk keluarkan kuih nanti.
  4. Masukkan adunan ke dalam jag dan tuangkan ke dalam acuan sehingga hampir penuh.
  5. Kukus selama 15-20 minit sehingga "lesung pipit" terbentuk 
  6. Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan.
  7. Kukus kelapa parut sekejap dan gaulkan dengan sedikit garam.
  8. Hidang kuih lompang dengan kelapa parut.





Wednesday, March 11, 2015

Talam Pandan

Bahan Utk Lapisan Bawah

1 cawan tepung beras

1 s/b tepung jagung

1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)

2 cawan santan cair + sikit garam

1 cawan jus pandan + pewarna hijau

1 sb air kapur

Cara Masak
 Lapisan Bawah

  • Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
  • Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
  • Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.

= sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.

Bahan Lapisan Atas

1/2 cawan tepung beras

4 sudu besar tpng jagung

3 cawan santan sederhana pekat

1 s/k garam

Cara Masak
 Lapisan Atas

  • Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
  • Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
  • Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.

( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
  • Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
  • Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)



Friday, January 2, 2015

Kuih Cara Manis



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..


Courtesy from this blog:

Tuesday, December 16, 2014

Apam Gula Merah

Bahan A
1/2 cwn gula merah*
1/2 cwn gula pasir*
2 cwn air*
2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)

Bahan B
11gm yis mauripan
1/2 cwn air suam
1 sudu kecil gula halus

Bahan C
4 cwn tepung gandum
secubit garam

Cara-Cara


  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
  5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.


Monday, July 21, 2014

Kek Pisang Lembap

KEK PISANG LEMBAP YANG MUDAH
Recipe by: Kak An from "PeriukTanah"
Source: Kak Azie from "Azie Kitchen"
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/awak-lecek

(I used 5 biji pisang berangan)

1 cawan gula pasir

1 cawan minyak masak

4 biji telur gred A

11/2 cawan tepung gandum*

1 sudu teh baking powder*

1 sudu teh soda bikarbonat*
(*ayak bersama)

1 sudu besar air limau nipis (I gantikan dengan cuka masakan)

1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla


Cara-cara:

Panaskan oven pada suhu 185C api atas bawah.

Sediakan loyang 4 segi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak.

Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih(3-5 minit).

Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.

Masukkan pisang, esen dan air limau. Gaul sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Friday, December 27, 2013

Buah Melaka

Bahan2 (dalam 20 biji)

1 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)

Caranya
1.     Di dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.

2.  Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.

3.   Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.

4.  Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.

5.   Setelah itu angkat dan toskan.

6. Pindahkan kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.



Monday, August 13, 2012

Kuih Bakar Pandan









Bahan- Bahan (Ingredients):
1 cawan gula/ 1 cup of sugar
1 cawan jus pandan/ 1 cup of Pandan Juice
2 cawan tepung gandum/ 2 cups of flour
2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan = 450ml) / 2 1/2 cup of coconut milk (450ml)
2 sudu besar mentega/ 2 tbsp Butter
3 biji telor/ 3 eggs
1/2 sudu teh garam/ 1/2 tsp salt
pewarna hijau/ Green colouring
bijan/ Sesame seeds

Cara-Cara (Methods):-

  • Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati/ Mix all the ingredients in the blender and blend them altogether.
  • Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata/ put oil in the cake pan.
  • Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi/ Heat up the pan in the oven first till the oil gets hot. Put the ingredient in once the pan is hot.
  • Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir)/ Sprinkle the sesame seeds on top and bake for an hour and 15 mins with 180C.


Monday, July 30, 2012

Seri Muka

BAHAN LAPISAN BAWAH :

  •  300 gram beras pulut  
  • 200 ml santan cair 
  •  1 helai daun pandan, disimpul 
  • 1 camca teh garam  
BAHAN LAPISAN ATAS: 
  • 300 ml santan 3 biji telur 
  • 4 helai daun pandan, potong kecil 
  • 180 gram gula pasir 
  • 4 camca teh tepung jagung 
  • 2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum 
  • Beberapa titik pewarna hijau 

 CARA MEMBUATNYA :
  • Pulut dicuci, kemudian rendam semalaman atau sekurang2nya 3 jam. 
  • Sementara itu alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. 
  •  Toskan pulut dan alih ke dalam loyang, ratakan. 
  • Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. 
  • Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan. 
  •  Kukus selama 25 - 30 minit. 
  • Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat.
  •  Sambung kukus untuk 10 minit lagi. 
  • Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. 
  • Kemudian bancuh dengan semua bahan2 untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. 
  •  Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit. 
  • Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi. 
  • Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat mencuba!!
 
Courtesy from: http://www.tiffinbiru.com/2011/05/kueh-seri-mukadari1001-resipi.html