Wednesday, March 11, 2015

Talam Pandan

Bahan Utk Lapisan Bawah

1 cawan tepung beras

1 s/b tepung jagung

1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)

2 cawan santan cair + sikit garam

1 cawan jus pandan + pewarna hijau

1 sb air kapur

Cara Masak
 Lapisan Bawah

  • Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
  • Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
  • Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.

= sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.

Bahan Lapisan Atas

1/2 cawan tepung beras

4 sudu besar tpng jagung

3 cawan santan sederhana pekat

1 s/k garam

Cara Masak
 Lapisan Atas

  • Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
  • Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
  • Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.

( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
  • Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
  • Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)



1 comment:

  1. Probably better to add that extra 2tbs sugar if you want the kuih to be slightly sweet.

    ReplyDelete