Friday, April 23, 2021

Bingka Labu

Bahan-bahan
5 biji telur Gred A .. ( boleh guna 3 biji sahaja)
200 ml air
300 ml pati santan (boleh guna santan kotak atau santan fresh)
200 g tepung gandum
180 g gula halus atau gula pasir pun boleh
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus atau direbus
1 sb butter dicairkan
Bijan, jika suka



Cara-cara
Blender labu rebus bersama air, gula, santan, garaam, esen sehingga halus. Kemudian masukkan telur dan tepung, 1 sudu besar butter yang telah dicairkan. 

Blend lagi hingga sebati. Sapu minyak pada loyang dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi.  Tabur bijan, jika suka.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



No comments:

Post a Comment