Sunday, November 3, 2013

Pavlova 2

Bahan2:

- 4 biji putih telor ayam (suhu bilik)
- 3/4 cawan gula caster
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh cuka makan
- 1/2 sudu teh essen vanilla

Cara2 membuatnya :

Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius..guna api bawah saje..


Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.

Asingkan putih telur dengan kuning telur.

Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (soft peak).

 Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, masukkan gula kastor sikit demi sedikit. Jgn berenti putar.

Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit gitu..

Langkah seterusnya, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila

Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati, pusingan spatula tu satu arah je.

Seterusnya, sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper dan tuang adunan ke atas baking paper.

Bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.

Masukkan la dlm oven,letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius. Bakar selama 1 jam 15 minit.

Semasa proses pembakaran, jgn bukak tutup oven

Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven, biar sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..

Topping:

250ml whipping cream

Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi sampai kental around 5-10 minit.

Letak krim di atas pavlova dan hias dengan buah buahan- Strawberi, Kiwi dan Anggur.


No comments:

Post a Comment