Saturday, April 24, 2021

Al Fredo Pasta

  • Ingredients:

  • 1/2 cup butter (1 stick)
  • 2 garlic cloves, minced (about 3 tsp)
  • 2 cups heavy cream
  • 1/4 tsp freshly cracked black pepper
  • 1 1/2 cups Parmesan cheese, shredded (about 4 oz)
  • 1/4 tsp salt

INSTRUCTIONS

  1. In a medium sauce pan, melt the butter over medium heat.
  2. Add the garlic, heavy cream and pepper.
  3. Bring the sauce to a boil; then reduce to a simmer and cook for 5 minutes.
  4. Add the cheese, stirring constantly until the cheese has fully melted.
  5. Turn the heat to low. Taste and season with salt as desired. Sauce will thicken upon standing

Can add mushroom, roast chicken and even chopped tomatoes in the recipe

Mee Hokkien

Bahan Bahan:

500g (1lb) mee gandum oriental / atau mee spghetti atau Mee Udon Japanese (spt contoh)

3 senduk minyak

5bj bwg. putih (hentak dan dipotong)

150g (3/4 cawan) dada ayam, dipotong nipis

150g (3/4 cawan) udang sederhana besar, dibuang kulit


150g (1/2 cawan) sotong segar, dipotong bulat spt. cincin sepanjang 3cm.(1in)

150g ( 3 cawan) sayur sawi potong setiap 4 cm (2 in )

150g (1 cawan) kubis cina atau kubis biasa yg bulatdipotong 1 cm (1/2 inci tebal)

Bahan Kuah


2 1/2 sudu besar kicap hitam pekat

1 sudu besar kicap biasa atau 'light soya sauce'

1 sudu besar sos oyster

2 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil garam

1/4 sudu kecil lada hitam serbuk

2 sudu kecil tepung jagung

250 1ml (1 cawan) air


Hidangan untuk 4 orang


1. Campurkan segala bahan kuah ke dalam mangkuk, dikacau mesra dan diasingkan. Jerang 1 1/2 liter atau 6 cawan air ke dalam periuk sehingga mendidih. Tambahkan mee ke dalam air yang mendidih sehingga ia menddih sekali lagi dan mee yang direbus menjadi lembut. Campurkan sedikit minyak ketika menjerang untuk mendapat mee yang berkilat . Tapiskan mee yang sudah lembut sehingga agak kering.


2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi dan keperangan.

Tambah dada ayam dan udang di kepanasan api yang tinggi selama 2 minit, sebelum menambah sotong. Teruskan menggoreng seminit dua lagi sehingga nampak semuanya agak masak. Sekarang masukkan kuah yang diasingkan tadi ke dalam kuali dan tunggu sehingga ia mendidih.

Bila mendidh barulah masukkan mee yang telah diasingkan ke dalam kuali dan kacau dgn. api yg. tinggi selama 5-7 minit.

3. Tambah daun sawi dan kubis dan teruskan mengacau kuali selama 2-3 minit dan teruskan penggunaan api yg paling tinggi (ingat masakan cina selalu menggunakan api yg tinggi untuk menghasilkan rasa yang agak unik di dalam masakan ).


4. SIAP!. Kalau nak lagi sedap, makan dengan sambal belacan.


Kari Kambing

Bahan bahan:
1 kg daging kambing
2 biji ubi kentang
4-5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari daging 
250 ml santan kotak
1 keping asam keping - atau pes asam jawa
1 sudu besar kerisik
Gula Melaka
Garam
Serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang bawang, halia yang dihiris serta daun kari. Tumis sehingga naik bau. 

Masukkan rempah kari serbuk dan kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit. Kemudian, baru masukkan sedikit air. Biarkan ianya mendidih dan pecah minyak. Nota: jangan bancuh rempah kari dengan air, biarkan kering.

Setelah itu, dimasukkan daging. Terus masak sehingga daging empuk. Jika perlu, boleh masukkan sedikit santan cair semasa daging sedang masak. Nota: saya rebus dahulu daging dengan periuk tekanan selama 20 minit.

Setelah itu, masukkan air/air rebusan daging secukupnya dan ubi kentang. Biarkan mendidih dan masukkan pula santan. Kacau rata dan masak sehingga kuah benar benar terbit minyak. 

Akhir sekali masukkan asam keping, garam, kerisik dan serbuk perasa secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.