Tuesday, March 25, 2025

Serabai Kuah Durian

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan nasi sejuk*
  • 1 cawan air*
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat

Kisar bahan bertanda* iaitu nasi sejuk dgn 1 cwn air

Sementara itu masukkan yis ke dlm air suam

Campurkan semua bahan diatas kedlm 1 mangkuk

Perap selama 2 jam

Panaskan pan@acuan dgn sedikit minyak blh la masukkan adunan

Tutup dgn tudung periuk..api sederhana sementara nak tunggu permukaan atas masak

 

Resepi Kuah Durian

Bahan-bahan

  • Durian secukupnya
  • Gula melaka@gula merah
  • Santan pekat
  • Sedikit garam

Cara Membuat

Campurkan semua bahan2 di atas dlm 1 periuk masak dlm api sederhana..

Sentiasa kacau agar santan x pecah minyak(sy suka guna santan kotak lebih pekat)


No comments:

Post a Comment