Friday, December 27, 2013

Siakap Bakar Tomyam

Bahan A :
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil

Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
2 tangkai cili merah
5 biji cili api - nak pedas letak lebih
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
1.Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.

2.Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.

3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dalam oven.

4.Perahkan limau semasa menghidang.

Ikan Bawal Goreng Berlada

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan bawal bersaiz sederhana
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN

1. Lumurkan ikan dengan campuran garam dan kunyit tadi hingga rata.

2. Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar lembap2, tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan.

3.Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan.

4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau kisar tadi hingga harum.
5. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.  Kacau rata dan masak hingga pekat.

6.Masukkan ikan goreng dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Perasakan dan jika ok boleh matikan api.

7.Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Siakap Masak Hijau

SIAKAP MASAK HIJAU


Bahan-Bahan

· 1 ekor ikan siakap
· 2 ulas bawang putih*
· 3 biji bawang merah*
· 1/2 inci halia*
· 4 batang cili merah*
· 4 batang cili padi merah*
· sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
· 1 tangkai daun kari
· 3 batang cili hijau- di potong serong
· 1 sudu kecil serbuk lada hitam
· garam & sedikit gula
· 1 cawan air atau lebih.
· 2 biji limau kasturi- Jus

Cara-Cara

1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.

2. Kisar atau tumbuk bahan2 yang bertanda *.

3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.

4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yang di potong serong.

5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.

6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.