Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung beras.
3/4 cawan gula halus.
2 cawan air.
5 helai daun pandan.
5 helai daun suji @ pandan serani.
1 tsp air kapur.
1 tbsp tepung jagung.
Kelapa parut putih.
Secubit garam.
Cara-caranya:
- Kisar kedua-dua jenis daun pandan dengan 2 cawan air.Tapis.
- Satukan air pandan,tepung beras,gula,tepung jagung dan air kapur.Kacau sehuingga sebati.tapis.
- Panaskan pengukus dan kukus acuan lompang sekejap.Jangan lupa sapukan acuan dengan sedikit minyak masak agar senang untuk keluarkan kuih nanti.
- Masukkan adunan ke dalam jag dan tuangkan ke dalam acuan sehingga hampir penuh.
- Kukus selama 15-20 minit sehingga "lesung pipit" terbentuk
- Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan.
- Kukus kelapa parut sekejap dan gaulkan dengan sedikit garam.
- Hidang kuih lompang dengan kelapa parut.
No comments:
Post a Comment