Courtesy: Azie Kitchen
Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk
1) Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
2) Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Sambal Cili
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Cuka
Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.
Bahan bahan Lain:
Taugeh – celur
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil
Begedil
7-9 biji kentang – rebus/goreng
1/2 kilo daging kisar
2 pokok daun sup - mayang halus
Bawang goreng
2 biji telur
Garam
Satukan daging dengan kentang yang telah dilecek. Masukkan telur yang dipukul sedikit. Kepalkan dan salut dengan telur yang dipukul dengan sedikit garam. Goreng sehingga kekuningan.
- Suhun: Briefly rinse it before frying to get the crispy light texture. No soaking needed.
ReplyDelete- I did not put any bean sprouts and mihun.